MARI
BELAJAR TULISAN JAWI
Sementara menunggu
rezeki pekerjaan, saya ingin menyampaikan sedikit ilmu pengetahuan mengenai
pembelajaran tulisan jawi di mana ianya mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Tulisan jawi telah digunakan sejak dahulu lagi iaitu zaman prasejarah Kerajaan
Melayu Melaka, Kerjaan Kedah, Kerajaan Terengganu, Kerajaan Naning Negeri
Sembilan dan lain-lain. Misalnya, Batu bersurat yang dijumpai di Terengganu
menggunakan tulisan jawi.
Kita hendaklah rasa
bersyukur akan kurniaan Allah s.w.t. dengan limpah kurnianya yang telah
memberikan nikmat kehidupan di atas muka bumi. Alhamdulillah dan segala puji
bagi Allah s.w.t. yang memberikan nikmat iman, ilmu dan amal kepada sesiapa
yang Dia kehendaki.
SEBELUM kita mula
mempelajari tulisan jawi, Mari kita mengenal suku kata tertutup dan suku kata
terbuka sebagai permulaan pembelajaran sebagai asas tulisan jawi.
HURUF VOKAL ialah a- e
– i – o – u
HURUF KONSONAN ialah b
– c – d – f – g – h – j – k – l – m - n – p -
q – r – s – t – v – w – x – y –z
SUKU KATA TERBUKA: iaitu
Perkataan yang diakhiri dengan huruf vokal.
Misalnya: Viola = VI –
O – LA
Piano = PI – A – NO
Rusa = RU – SA
SUKU KATA TERTUTUP:
iaitu perkataan yang diakhiri dengan huruf konsonan.
Misalnya: Pensel = PEN – SEL
Tampal = TAM – PAL
Kertas = KER - TAS
PEMBENTUKAN SUKU KATA bermula
dengan asas
huruf vokal kepada huruf jawi.
Vokal a = huruf
( ﺍ )
Vokal e = huruf
( ﺍ )
Vokal é - dinamakan e-taling =
huruf ( ﻱ )
Vokal i = huruf
( ﻱ )
Vokal o = huruf
( ﻭ )
Vokal u = huruf
( ﻭ )
IANYA juga bermula dengan huruf KONSONAN kepada huruf Jawi.
Konsonan b = huruf ( ب )
Konsonan c =
huruf (
چ )
Konsonan d =
huruf (
د )
Konsonan f = huruf ( ڧ )
Konsonan g =
huruf (
ݢ )
Konsonan h =Huruf ( ﮪ) *di awal
perkataan
Huruf ( ه, ة ) *di akhir perkataan
Konsonan j = huruf ( ج )
Konsonan k= huruf ( ك )
Konsonan l = huruf ( ل )
Konsonan m = huruf ( م )
Konsonan n = huruf ( ن )
Konsonan p= huruf ( ڨ )
Konsonan
q = huruf ( ق )
Konsonan r = huruf ( ر )
Konsonan s = huruf ( س )
Konsonan t = huruf ( ت )
Konsonan v = huruf ( ۏ )
Konsonan w = huruf ( ﻭ )
Konsonan x = huruf ( ز )
Konsonan y = huruf ( ﯼ )
Konsonan z =
huruf (
ز )
Ditambah dengan beberapa huruf konsonan yang lain
Konsonan a’ = huruf
( ع )
Konsonan nga = huruf ( ڠ )
Konsonan nya = huruf ( ڽ )
Konsonan gha = huruf ( غ )
Konsonan dza = huruf ( ذ )
Konsonan tha = huruf ( ث )
Konsonan sya = huruf ( ش )
Konsonan sho = huruf ( ص )
Konsonan kha = huruf ( خ )
Konsonan tha / ṭ
= huruf ( ط )
Konsonan zho / ẓ
= huruf ( ظ )
Konsonan dho / ḍ = huruf
( ض )
SETELAH MENGENAL HURUF-HURUF TERSEBUT SEBELUM INI,
MARI KITA BELAJAR SEDIKIT MENGENAI TULISAN JAWI.
CONTOH PERTAMA
Tikar = TI – KAR
ditulis dalam tulisan jawi iaitu تيكر T- I - KA - R.
* Huruf A diabaikan
kerana perkataan tersebut adalah suku kata tertutup di mana ia diakhiri huruf R.
iaitu KAR.
CONTOH KEDUA
Raptai = RAP – TAI ditulis dalam tulisan jawi iaitu
( رفتاي ) RAP – TAI.
* Huruf A pada suku kata pertama tidak dizahirkan kerana ia suku kata tertutup iaitu
RAP. (رف )
* Kemudian Huruf A pada suku kata kedua dizahirkan iaitu TAI kerana ia merupakan suku kata
terbuka. ( تاي )
CONTOH PERTAMA DAN CONTOH KEDUA
BERKAITAN DENGAN HURUF VOKAL IAITU HURUF VOKAL A. * ADA KAITAN
DENGAN HURUF ( ﺍ ).
* SESETENGAH PERKATAAN YANG DITULIS DALAM TULISAN JAWI DIAMBIL DARIPADA PERKATAAN ARAB.
* JADI PARA PELAJAR MESTILAH MEMPELAJARI BAHASA ARAB DENGAN LEBIH TEKUN
LAGI KERANA IA MERUPAKAN BAHASA AL-QURAN (BAHASA
AHLI SYURGA).
* Ada juga perkataan Bahasa Melayu mengambil kata pinjaman daripada
bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Jawa, Bahasa
Perancis, Bahasa Tamil dan Bahasa-bahasa lain.
CONTOH KETIGA
Benar dan Teko
= BE – NAR ditulis dalam tulisan jawi
iaitu (
بنر ) BE – NAR.
= TE – KO ditulis
dalam tulisan jawi iaitu (
تيكو )
TE – KO.
* Huruf E pada suku kata pada perkataan BE-NAR tidak dizahirkan sebagai huruf (ي
).
* Huruf E
pada perkataan TE – KO merupakan e-taling. Maka ia dizahirkan
sebagai huruf (ي ).
CONTOH KEEMPAT
Sibuk dan Tinggi = SI – BUK ditulis dalam tulisan
jawi iaitu (سيبوق ) SI – BUK.
= TING – GI ditulis dalam
tulisan jawi iaitu (تيڠݢي ) TING – GI.
* Huruf “I” pada suku kata pertama = pada perkataan SI –
BUK dizahirkan sebagai huruf (ي ).
* Huruf “I” pada suku kata pertama dan suku kata
kedua = pada perkataan TING – GI dizahirkan sebagai huruf (ي
). Ia dizahirkan sama ada dalam keadaan suku kata
tertutup mahupun suku kata terbuka.
CONTOH KETIGA DAN CONTOH KEEMPAT
BERKAITAN DENGAN HURUF VOKAL IAITU HURUF VOKAL E
& I. * ADA KAITAN DENGAN HURUF (ي ).
CONTOH KELIMA
Ciku dan Kamus = CI – KU ditulis dalam tulisan jawi
iaitu (چيكو
) CI – KU.
= KA – MUS ditulis
dalam tulisan jawi iaitu (كاموس ) KA – MUS.
* Huruf “U” pada suku kata kedua = pada perkataan CI – KU dizahirkan sebagai huruf (و ). SUKU
KATA TERBUKA.
* Huruf “U” pada suku kata kedua = pada perkataan KA – MUS dizahirkan sebagai huruf (و ). SUKU KATA TERTUTUP.
BUAT LATIH TUBI DARIPADA TULISAN RUMI KEPADA TULISAN JAWI.
1. CIPTA
2. SIHAT
3. GAYA
4. KITAB
5. MURAH
6. MUDAH
7. HOLISTIK
TIDAK SEMUA HURUF BERTEPATAN DENGAN KAEDAH TULISAN
RUMI CONTOHNYA PERKATAAN ‘BEZA’ akan
ditulis sebagai بيذا
BE – ZA dengan sebutan é-taling untuk
BE menggunakan huruf بي
Kemudian ZA bukan disebut dengan
dha, akan tetapi ia menggunakan huruf ذا dalam jawi.
Setelah selesai pembelajaran jawi kita, ada satu
laman web yang boleh saya cadangkan di sini iaitu: DENGAI MENAIP TULISAN RUMI kepada TULISAN
JAWI. Taip tulisan rumi, kemudian klik pada perkataan ‘Translator’.
No comments:
Post a Comment